Akademi Bekerja Di Rumah

Akademi Bekerja Di Rumah

Wednesday 1 February 2017

Bisnes Shaklee Ubah Kehidupan Dan Gaya Hidup!


Teks: Hj Roslan Ghazali
Foto: Hj Roslan Ghazali

BIZ UBAH KEHIDUPAN DAN GAYA HIDUPhttps://www.facebook.com/images/emoji.php/v7/f6c/1/16/2764.png(KISAH BENAR)

Setelah kembali dari Sydney sekitar 1986 saya telah terlibat dengan dunia pendidikan sebagai pensyarah, guru besar dan juga imam.

Saya sedang mencari satu bisnes yang dapat memberikan saya 3 perkara sekaligus dalam jangka masa panjang.

3 perkara tu adalah KESIHATAN, KEWANGAN dan MASA. Saya nak bina satu bisnes yang makin lama makin maju sekaligus tahap kesihatan saya makin baik, tahap kewangan saya makin teguh dan saya punya "time freedom" sebagai boss sendiri tiada terikat dengan sesiapa pun.

Sebelum bisnes ni saya seorang yang amat tidak sihat. Resdung, semput dan rendah sistem immune.

Tahap ekonomi amat kritikal dimana masa saya bertemu Shaklee saya tiada kerja tetap hanya sebagai imam rawatip (elaun RM150 sebulan). Menyewa rumah di AU1C Rm500 sebulan. Arwah Hjh Zaradah sambung Masters di UIA tiada income.

Umie sebagai guru Al Amin gaji RM800 sebulan. Saya pernah tidur dalam stor di sekolah dulu. Tiada rumah sendiri. Harta cuma sebuah van liteace dan sebuah motor Yamaha buruk.

Walaupun sebelum tu gaji saya dan arwah sebagai pensyarah RM8k sebulan kami berkorban untuk membina instituisi Al Amin dengan gaji RM1100 dan Hjh RM400.

Bila upline saya cerita tentang peluang Shaklee (Dis 1991). Why Shaklee? Apa beza dengan syarikat lain dan sebagainya tapi malam tu mereka datang rumah present plan marketing yang buat saya "panas" tak dapat tidur 2 malam. Ala-ala orang sedang bercinta. Sebenarnya saya sedang bercinta dengan Shaklee serta ada sebab yang BESAR untuk wajib berjaya.

Sejak dari saat itu saya tak pernah pusing belakang atau sangka buruk dengan bisnes Shaklee walaupun mengalami ups and downs beberapa kali. Cintaku tetap tulus dan setia tidak berbelah bagi atau menduakan Shaklee. Saya di asak dengan bermacam bisnes bila Shaklee pernah di gantung sebulan.

Hari ini berkat kesetiaan dan keyakinan kami dengan masa depan bisnes ni. Allah mengurniakan satu empayar bisnes  atau lombong emas yg kami dan anak cucu tidak lagi risau tentang kewangan. Enjoying healthy lifestyles . Dapat bergerak bebas. Dapat membantu ramai insan capai impian mereka terutama generasi  Y yang suka "home-based" bisnes tapi enjoy 4,5 dan 6 figure income.

Saya merasa amat bersyukur bila melihat lebih ramai mereka yang success dan mereka yang bergelar jutawan di Shaklee...

Alhamdulillah inilah KEJAYAAN DAN KEPUASAN SEBENAR bisnes ini. Saya amat yakin apa yang di ajar oleh Arwah Hjh Zaradah turut menjadi amal soleh untuk dia di alam barzakh.

Allahumaghfirlaha warhamha..https://www.facebook.com/images/emoji.php/v7/f94/1/16/1f49a.png💚

Walaupun sya sebagai seorang master otai tugas dan peranan sebagai pendidik masih di teruskan. Jiwa murabbi dan jiwa guru tetap kekal d sanubari kami.

Semga Allah merahmati kita dengan limpahan Rahmat dan barokah dan jadikan segala usaha dan pengorbanan kita sebagai amal soleh di sisiNya...


Kisah bagaimana saya membina bisnes peringkat awal dan bagaimana saya bangun dari jatuh akan bersambung...In Sha Allah.




No comments:

Post a Comment